Bwu kli ini aku krsakn cbaran dan dugaan bsar yunk pernah aku alami..inikh kewajipan seowng manusia yunk sllu diuji dengan pelbagai msalah???....
Tuesday, November 30, 2010
PERDEBATAN....(@_@)..
Sudah lma dah si penulis tak berdebat teringin aty nhe nk berdebat...
Si penulis msih engt lgi tajuk terakhir si penulis berdebat...law xslap ' Sekolah Merupakan Landasan Utama Ke Arah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan....si penulis menjadi seorang wakil kerajaan... Si penulis nak bagi sedikit sebanyak yang si penulis debatkn dengan tajuk yang ditetapkn diatas....hehehe...
Assalammualaikum...salam sejahtera,salam perpaduan,salam 1 malaysia,salam perdebatan..
Yang dipertua tuan speaker,Yang dihormati penjaga masa,Yang dihormati rakan-rakan seperjuangan saya dari pihak kerajaan,Yang dihormati para pembakang yang sering menegakkan benang yang sudah basah.Akhir sekali sidang hadirin sekalian.Bismillahirahmahnirrahim...pada pagi yang indah mulia ini,berdirinya saya di arena perbahasan ini adalah untuk membahaskan tajuk perbahsan yang ditetapkn,'Sekolah Merupakan Landasan Utama Ke Arah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan.Sebagai seorang wakil kerajaan saya dengan sebulat suara bersetuju dan tetap tidak akan berganjak daripada pendirian saya untuk bersetuju dengan tajuk perbahasan pada hari ini.
Sidang Parlimen Sekalian,
Sejak usia kemerdekaan negara ini lagi,kita mengetahui bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang mudah difahami,kita bermula bercakap menggunakan bahasa melayu.Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk memperlajari bahasa kebangsaaan.Sekolah mewajibkan bahasa melayu menjadi bahasa melayu menjadi subjek utama di sekolah.Malahan sekolah menjadi bahasa melayu sebagai bahasa penghantaran.Jika diingatkan kembali sebelum adanya bahasa kebangsaan kehidupan kita persis di neraka dunia.Ini membuktikan bahawa pada zaman kolonial kita terpaksa menggunakan bahasa Jepun bahasa penghantaran.Ia juga boleh menggelapkan aspirasi kita untuk menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantaran.Rentetan itu,antara cara yang paling dominan untuk mengikis kedangkalan ilmu,pihak sekolah harus menyediakn kelas pemulihan bahasa melayu.Sekiranya direnungkan semula ia mampu mempertingkatkan lagi penggunaan bahasa melayu walaupun masih belajar di tingkatan 4,5,dan 6.Deduksinya kita sebagai rakyat malaysia haruslah menyanjung tinggi kedaulatan bahasa melayu.Namun begitu juga memandang sepi,bahasa kebangsaan yang telah dicapai hasil perpaduan semua kaum.Malahan,usaha pasti akan berbuahkan hasil jikalau sekolah menagadakan program bulan bahasa melayu.Namun demikian satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah meningkatkan lagi bahasa melayu.
Sidang Parlimen Yang Dihormati,
Hujah seterusnya dari saya ialah fenomena ini dikatakan pelajar dapat mengakses bahasa melayu secara holistik.Tambahan pula kuiz kosa kata bahasa melayu juga menjadi mandasari kepada penggunaan bahasa melayu.Seyogianya program sebegini haruslah menjadi trend generasi hebat sekarang.Pada pendapat saya pertandingan teka silang kata yang diadakan di sekolah meningkatkan dengan pebendaharaan kosa kata.Selain itu pihak sekolah juga sewajarnya mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan.Alternatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar malah memantapkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan.Seterusnya gerakan cintailah bahasa kita juga harus dilaksanakan di sekolah.Beberapa kegiatan kita juga harus dilancarkan termasuklah penyedaran risalah bahasa terbitan DBP(Dewan Bahasa Dan Pustaka),menampalkan poster berkenaan bahan-bahan panduan bahasa.Melalui pelan induk pembangunan (PIPP) sekolah diberi penekanan dalam memperkasa bahasa kebangssan kerana disinilah asas bermulanya proses pembelajaran komprehensif.Pelbagai program boleh dilaksanakan seperti kelab sastera dan kelab bahasa.Oleh itu para pelajar disarankan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.Di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan Ujian Lisan berasaskan sekolah untuk semua pelajar.para pelajar diajar cara berkomunikasi dengan menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang betul.Oleh itu,di sini jelaslah terbukti bahawa sekolah merupakan landasan utama kearah memperkasa bahasa kebangsaan.
Akhir sekali,pusat sumber sekolah wajar memainkan peranan penting.Pihak pentadbir perpustakaan boleh mengadakan pertandingan deklamasi puisi,bercerita,pidato dan syarahan dalam program festival bahasa.Ingat!! Program sebegini bukanlah melibatkan pelajar-pelajar melayu sahaja tetapi termasuklah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.Kemudian para guru,khususnya juga perlulah menggunakan tatabahasa dewan sebagai bahan rujukan utama yang kompresif dan menjadi pegangan para guru.Penggunaan tatabahasa yang betul ini setidaknya mendidik para pelajar tentang penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.
Sekian terima kasih......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment