Sebenarnya penulis ingin menceritakan atau meluahkn seseuatu yunk rse nye bnda ini da lme ingin penulis bertnya pda klian sme...Pda pndapat klian adkah mnjdi seorng peguam mrpakn pekerjaan yunk dssih dan dpinngirkn oleh masyarakt pda zaman arus pemodenan ini..
Apa hukumnya menempah peguam bagi membela diri dan apa hukumnya seseorang yang bekerja sebagai peguam?
Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat.
Ramai yunk tidak tahu..karier seorang peguam merupakn pekerjaan yunk amat dperlukan pda masa kini...Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keaddan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan karib kRerabatmu. "
Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil, ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari dilaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batil sedang ia tahu ia tidak berhak sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dariAllah swt.
Sesetngah phak mempertikaikn msih relevan kew peguam sekarng nhe???Masih ada lgi kew peguam yunk jjur n xmkn rasuah...!!!!
Pda pndapt si penulis...ini semua bergntung pda diri sendri...Semua pekerjaan mmerlukan kjjuran dan jga kmatangan semua orng..jika xdk kedua2 itu smua pekerjaan jga xrelevan....itu pda pendapat si penulis..
Peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’. Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.
Dimaklumi dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen peguam adalah berkaitan ‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.
Mewakilkan individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam) berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).
Berkaitan dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.
Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.
Maka si penulis rse biarlah sampai disini sje lah celoteh si penulis tkot t klian bosan plak...



No comments:
Post a Comment