Hampir lima tahun lamanya,aku meninggalkan zaman persekolahan yang aku sendiri tidak menyangka,aku akan merindui zaman keseronokan itu...’Ehem...panjang menung’?...sergah Alia padaku.‘Ish,.kau nih kacau je la orang tengah mengingat kisah lama’.ujarku.’Hehehe..saje je aku kacau kau..nih mesti teringat kisah cinta kau dengan abang kesayangan la tu betul tak?’usik Alia kepadaku.Mana ada itu kan kisah lama yang sudah terpadam dalam ingatan aku.Aku pun tak tau apa yang dia lakukan sekarang nih,sejak kita masuk ‘U’??jawabku dengan penuh seribu pertanyaan.... Kumpulan aku diberi nama SAFWA..nama itu diambil sempena nama kami berlima iaitu Sarah,Alia,Farina,Wani,Aisyah.Kami sangat akrab dan berkawan sejak bangku sekolah lagi.
Selama ni Sarah sangka abang jujur dengan hubungan kita...tapi kenapa sekarang abang buat seolah-olah Sarah ni bukan sesiapa untuk abang??Sarah,abang minta maaf...Jawapan yang hanya tinggal seribu pertanyaan..tidak pernah aku mendapat jawapan yang sahih darinya,masih lagi terngiang-ngiang di halwa telinga aku..selepas kejadian itu aku tidak pernah mempercayai mana-mana lelaki lagi,aku??....
‘Ha,datang pun adik aku sorang ni!’satu suara ceria menerpa.’Kak Adawiyyah!’aku bersalaman dengan wanita yang menghampiri aku.Kak Adawiyyah adalah pelajar jurusan undang-undang sama seperti aku,tetapi dia pelajar tahun akhir manakala aku pelajar tahun empat.’Ingatkan Sarah dah tak nak datang ke teratak buruk akak ni’!Aku segera menggeleng..ish akak ni bukan Sarah tak nak datang rumah akak,tapi akak pun tahukan assigment berlambak sampai tak menang tangan lah Sarah dibuatnya’.jelasku.
Akak gurau je lah Sarah,akak pun tahu Sarah sibuk dengan assigment.Akak cuma nak tanya sesuatu dengan Sarah nih,tapi Sarah janji ngan akak,Sarah akan jawab dengan jujur,ok!’Insyaallah kak,tanyalah apa dia?’jawabku.’Sarah kenal Irfan Hakim?’tanya kak Adawiyyah.‘Ya Allah,kenapa Kau mengembalikan nostalgia yang aku cuba buang dari kotak ingatan aku sendiri,kenapa Kau mengembalikan orang yang telah meninggalkan aku tanpa sebarang alasan yang munasabah bagi aku?’runtun hatiku mendengar nama itu!’bicara hatiku.Adik,akak tengah menunggu jawapan darimu ni?’soal kak Adawiyyah